Tuesday, February 23, 2010

Other Candlesticks Formation

Hammer dan Hanging Man:

Hammer("penukul") adalah candlestick yang kelihatan di bahagian terbawah tren menurun. Hammer samada memiliki bayangan di atas yang sangat kecil atau tiada bayangan sama sekali. Ia merupakan isyarat tren sausana bull akan bermula dan warna badannya tidak mempengaruhi arah tren itu.

Hammer yang terdapat di bahagian teratas tren menaik dipanggil Hanging Man (orang tergantung). Ia dinamakan sedemikian kerana ia menyerupai orang tergantung dengan kakinya terjurai dibawah.

Hammer dan Hanging Man mempunyai tiga cirri yang dikenal pasti
1. Badannya terletak diatas dan merangkumi satu pertiga julat harga.
2. Bayangan yang terletak dibawah adalah dua kali lebih panjang dari badan.
3.Memiliki bayangan di atas yang sangat kecil atau tiada bayangan sama sekali..

Seperti doji, Hammer dan Hanging adalah isyarat ketidakpastian dan memerlukan pengesahan.

Shooting Star:
Shooting star (tahi bintang) adalah Hammer diterbalikan yang kelihatan di bahagian teratas tren menaik. Warnanya boleh Bullish atau Bearish.

Shooting Star yang terdapat di bahagaian terbawah tren menurun disebut Inverted Hammer. Seperti doji dan Hammer, Shooting Star dan Inverted Hammer memerlukan pengesahan.



Pola Engulfing
Candlestick ini kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu bermaksud melanda. Pola Engulfing adalah petunjuk penting akan berakhirnya tren. Pola

Engulfing dibentuk oleh dua candlestick dengan warna yang berbeza. Badan candlestick kedua mesti benar-benar menutupi candlestick pertama.

Bayangangnya mungkin juga ditutupi, tetapi ini tidak perlu. Candlestick pertama boleh juga doji.


Pola Engulfing adalah petunjuk yang penting jika candlestick pertama mempunyai badan yang kecil dan candlestick kedua mempunyai badan yang besar. Jika candlestick kedua dapat menutupi lebih dari satu candlestick, ini menunjukan pola Engulfing yang terbentuk lebih tinggi nilainya.

Jika Candlestick berbadan hijau menutupi candlestick berbadan merah, ini petunjuk tren sausana bull dan sebaliknya jika badan berwarna merah menutupi badan berwarna hijau ini adalah petunjuk untuk tren sausana bear.



Dark Cloud Cover
Ini adalah petunjuk pembalikan(reversal) sausana Bear yang terbentuk di bahagian atas sesuatu tren menaik. Pola Dark Cloud Cover terbentuk dengan dua candlestick. Candlestick pertama adalah sausana Bull dan yang kedua adalah candlestick sausana Bear. Dark Cloud Cover terbentuk ketika candlestick kedua mempunyai harga pembuka lebih tinggi dari harga penutup candlestick pertama tetapi ia terus menurun kebawah dengan harga penutup lebih tinggi dari harga pembuka candlestick pertama.

Dark Cloud Cover boleh dianggap sebagai petunjuk pembalikan yang lebih penting jika:
1. Harga penutup candlestick sausana bear adalah berdekatan dengan harga pembuka candlestick terdahulu.
2. Kedua-dua candlestick adalah marubozu(tidak mempunyai bayangan) dan candlestick sausana bear mempunyai harga pembuka berdekatan dengan harga penutup candlestick sausana bull dan harga penutup candlestick itu berdekatan dengan harga penutup candlestick sausana bull.
3. Ketika candlestick sausana bear dibuka diatas harga rintangan (resistance) dan kemudian ianya terus menurun.


Piercing Line
A Dark Cloud Cover yang terjadi dibahagian terbawah tren menurun dipanggil Piercing Line.

Jika Dark Cloud Cover kelihatan di bahagian teratas tren menaik atau Piercing Line kelihatan di bahagian terbawah tren menurun anda perlu menunggu pembentukan candlestick seterusnya.

Jika candlestick selepas pola Dark Cloud cover adalah sausana bull dan harga berterusan meningkat hingga lebih tinggi dari harga tertinggi candlestick kedua, maka anda harus mempertimbangkan Dark Cloud Cover sebagai petunjuk pelanjutan. Tetapi jika candlestick berikutnya selepas pola Dark Cloud Cover adalah sausana Bear dan harga menurun dan lebih rendah daripada harga penutup candlestick kedua, maka pola Dark Cloud Cover itu adalah penunujuk pembalikan.

Begitu juga untuk pola Piercing Line: Jika candlestick selepas pembentukan pola Piercing Line merupakan sausana Bear dan harga menurun lebih rendah daripada harga penutup candlestick kedua, maka pola Piercing Line itu merupakan petunjuk pelanjutan.

Tetapi jika candlestick selepas Piercing Line merupakan sausana Bull dan terus naik dan melebihi harga tertinggi candlestick kedua, maka Piercing Line itu adalah petunjuk pembalikan.


Harami
Harami bererti hamil dalam Bahasa Jepun. Pola harami dibentuk oleh dua candlestick. Satu besar (ibu) dan satu kecil (bayi). Yang lebih besar menutupi semua atau setidaknya badan yang lebih kecil. Harami boleh dilihat sama ada di bahagian teratas tren menaik atau di bahagian terbawah tren menurun.

Candlestick yang kecil boleh dibentuk di setiap tempat sepanjang badan candlestick yang besar tetapi yang penting ianya mesti ditutupi oleh candlestick yang besar. Semakin besarnya perbezaan antara kedua-dua candlestick, semakin berkesan dan penting petunjuk harami.



Seperti Dark Cloud Cover, Piercing Line dan Harami boleh digunapakai sebagai penunjuk pembalikan tetapi ketiga-tiga pola itu perlu pengesahan candlestick selepasnya. Pola-pola ini tidak dianggap sebagai petunjuk pembalikan yang tepat.

Jika anda mempunyai posisi dagagan dan anda memiliki keuntungan ditangan, ketika pola Dark Cloud Cover, Piercing Line dan Harami kelihatan anda perlu menutup posisi dagagan itu atau setidaknya “stop loss” dikencangkan dan menunggu arah pasaran seterusnya.

Jika ada perubahan arah pasaran, anda tentu sudah mendapat untung atau “stop loss” itu membantu anda menjamin keuntungan dan sekiranya tiada perubahan arah pasaran, anda akan membuat keuntungan yang lebih.

Jika candlestick yang kecil dalam pola Harami adalah Doji, pola itu dipanggil Harami Cross (palang Harami). Doji candlestick yang ditutupi oleh candlestick yang panjang dibentuk sebelumnya perlu diambil perhatian.

Morning dan Evening Star :
Morning star (bintang timur) dibentuk oleh tiga candlestick. Pola ini terdapat dibahagian terbawah tren menurun. Pola ini adalah petunjuk pembalikan yang penting.
1. Candlestick pertama mestilah candles sausana Bear dengan badan yang agak panjang.
2. Candlestick kedua mempunyai badan yang kecil dan dibentuk lebih rendah dari candlestick pertama .
3. Candlestick ketiga perlulah candlestick sausana Bull yang terbentuk tinggi dari candlestick kedua dan badannya mesti menutpi sebahagian besar badan candlestick pertama.


Pola ini adalah evening star (bintang zurah) yang kelihatan dibahagian teratas tren menaik.

Kebersanan dan potensi pola-polqa Morning Star dan Evening Star sebagai petunjuk pembalikan bergantung pada beberapa faktor-faktor

khususnya::
1.Jarak (gap) antara morning star atau evening star dengan candlestick pertama dan ketiga. Lebih besar jaraknya lebih penting petunjuk itu.

2. Sebanyak mana candlestick ketiga meliputi candlestick pertama. Lebih besar liputannya lebih penting petunjuk itu.

Kandangkala pola Morning or Evening Star adalah candlestick Doji. Int interpretasinya sama saja seperti di atas.

Tweezers
Tweezers atau penjepit dalam bahasa melayu terdiri daripada dua candlestick yang berdekatan. Kedua dua candlestick mempunyai harga tertinggi yang sama pada bahagian teratas pasaran atau harga terendah pada bahagian terbawah pasaran.. Tweezers biasanya terbentuk dari bayangan candlestick tetapi adakala dibentuk oleh badan candlestrick melalui pembentukan candlestick marubuzo. Kedua-dua candlestick boleh memiliki badan yang kecil Hammer dan Doji.

Tweezers tidak dianggap sebagai petunjuk pembalikan yang penting dan ia perlu pengesahan. Anda perlu berhati jika pola tweezers terjadi.

Berkemungkinan pola tweezers terbentuk diantara beberapa candlestick.
Pada pengenalan artikel candlesticki, saya nyatakan bahawa candlestick adalah penunjuk psikologi pasaran. Pola-pola candlestick mencerminkan perasaan pembeli dan penjual. Pola-pola itu memberitahu kita bila pedagang ingin membeli atau mereka telah berhenti membeli dan sedang menunggu untuk membuat posisi jual.

Ini adalah Bahasa candlestick yang telah saya sampaikan.

Sebagai contoh kita lihat pembetukan pola Doji. Doji menunjukan pasaran dalam sentimen keragua-raguan doji dimana harga tidak mampu menaik atau menurun. Kadang kala pembeli lebih berkuasa (lebih membuat belian) dan harga akan meanik atau kadang kala penjual akan lebih berkuasa (lebih membuat jualan) dan harga menurun.

Pada akhirnya, pembentukan Doji itu akan tamat bila harga pembuka bersamaan dengan harga penutup. Pihak pembeli dan penjual tdak dapat menguasai pasaran. Oeh itu Doji bermaksud ragu-ragu dan anda harus menunggu pengesahan kerana pergerakan harga mugkan menaik atau menurun.
Jika candlestick berikutnya ialah sausan bear (merah) dan mempunyai badan yang besar. Ini bererti Bears (penjual) berjaya menguasai pasaran dan harga menurun dan jika candlestick berikutnya ialah sausan Bull(hijau) dan mempunyai badan yang besar ini bererti pembeli menguasai pasaran dan harga akan menaik.
Dari itu, anda perlu belajar untuk mendengar dan memahami cerita disebalik setiap candlestick ;
1. Semasa candlestick mula membentuk, anda perlu perhatikan harga pembuka, tertinggi, terendah dan penutup.
2. Menyemak candlestick terdahulu dan pastikan sama ada pasaran dalam sausana bull(tren menaik) atau sausana bear (tren menurun).
3. Cuba memahami dari bentuk candlestick samada pembeli(bulls) lebih berkuasa dari penjual(Bears) atau kedua-duanya tidak dapat menguasai satu sama lain (keragu-raguan).
4. Kemudian cuba membuat tekaan atau andaian bentuk candlestick seterusnya melalui informasi di atas.
5. Jika ada terdapat pola candlestick terbentuk seperti Harami dan lain-lain ..cuba memuat tafsirkan dan ramalan arah pasaran.

No comments: