In order to create a candlestick chart, you must have a data set that contains open, high, low and close values for each time period you want to display.
The major component of a candlestick is the body(also referred to as "the real body"), i.e. the part that forms the rectangular shape between the open and close points. While traditional Japanese candlesticks use black and white bodies, we use green and red in our representations as we believe the colours better define the market direction and we find them to be visually more striking. A green body means that the close is higher than the open and thus the price has increased over the period, whereas in a red body the closing price is lower than the opening price and the value has decreased over the period.
Untuk melakar carta candlestick pada setiap jangka waktu yang tertentu, kita memerlukan empat data harga;pembuka, tertinggi, terendah dan penutup. Komponen utama candlestick adalah badan iaitu bahagian yang berbentuk segi empat yang dibentuk antara pembuka dan penutup. Mengikut tradisi candlestick Jepun badan biasanya berwarna hitam dan putih tetapi saya akan mengunakan warna hijau dan merah kerana warna-warna ini dapat mengambarkan arah pasaran lebih baik dan menonjol. Candlestick berbadan hijau bererti penutup lebih tinggi daripada pembuka dan ini menandakan harga telah meningkat untuk tempuh tertentu. Candlestick berbadankan warna merah menunjukkan harga penutup lebih rendah daripada harga pembuka dan ini memperlihatkan harga menurun untuk jangka waktu tertentu.
Garisan di bahagian atas dan bawah badan candlestick disebut sebagai bayangan (juga disebut sebagai "sumbu" dan "ekor"). Puncak di atas bayangan adalah harga tertinggi sementara titik terendah di bawah mewakili bayangan harga terendah Jika tidak ada bayangan di atas badan candlestick, itu bererti bahawa harga penutup (dalam kes warna hijau) atau harga pembuka (dalam kes merah) = harga tinggi. Sebaliknya, jika tidak ada bayangan pada bahagian bawah badan candlestick ini bererti harga pembuka (dalam kes hijau) atau harga penutup (dalam kes merah) = harga terendah dalam tempoh perdagangan.
Sebelum kita mengenali candlestick lebih dekat, kita perlu faham istilah; “bullish,bearish, bull dan bear”
Dalam perdagangan dan pelaburan sekuriti, forex dan komoditi terdapat istilah Bull (lembu jantan) dan Bear (beruang) . Ketika pasaran Bull (Bull Market), pasaran menunjukkan keyakinan diri dengan menunujukkan kenaikkan hargai. Istilah bullish bermaksud sausana Bull.
Pasaran Bear adalah berlawanan dengan pasaran Bull.
Sesuatu keadaan pasaran Bear (Bear market),pasaran akan menunjukkan kurangnya keyakinan diri. Harga yang berkisar pada harga yang sama lalu menurun ke bawah. Istilah Bearish bermaksud sausana Bear.
Berbagai bentuk candlestick.
Kerana perubahan harga, candlestick boleh memiliki beberapa bentuk yang berbeza. Misalnya harga pembuka dan penutup mungkian mempunyai harga yang sama. Atau harga tertinggi sama dengan harga penutup.
1. Candlestick biasa :
Semua keempat-empat harga berbeza satu sama lain. Candlestick biasa(tipikal) boleh bersuasana Bull atau Bear.
2. Marubozu
Marubozu bererti dicukur. Candlestick yang tidak mempunyai bayangan disebut Marubozu.
Untuk Marubozu sausana Bull, harga pembuka adalah sama dengan harga terendah dan harga penutup sama dengan harga tertinggi. Marubozu sausana Bull bererti bahawa Bulls begitu bertenaga dan tidak memberi peluang kepada Bears membawa harga kebawah. Ini bererti terdapat banyak kegiatan membeli di pasaran. Lebih panjang badan candlestick maka Bulls lebih bertenaga.
Bagi Marubozu sausana Bear, harga pembuka adalah sama dengan harga tertinggi, dan harga penutup sama dengan harga terendah. Marubozu sausana Bear bererti bahawa Bears bertenga dan terdapat banyak kegiatan menjual di pasaran khusus ketika Marubozu sausana Bear lebih panjang dari candlestick yang terdahulu.
Apa ertinya secara umum?
1. Ketika anda melihat Bullish Marubozu, anda tidak perlu mengambil posisi jual(short) kerana Bulls bertenaga dan harga mampu naik lagi.
2. Ketika anda melihat Bearish Marubozu, anda tidak perlu mengambil posisi beli(long).
3. Ketika anda melihat Bullish Marubozu pada akhir arah aliran (tren) menurun, ini menunujukkan isyarat pembalikan (reversal). Anda boleh menunggu candlestick
seterusnya dan jika ianya Bull juga, anda boleh mengambil posisi beli.
4. Ketika anda melihat Bearish pada akhir tren menaik, itu adalah isyarat pembalikan.
Anda boleh menunggu candlestick seterusnya dan jika ia Bear juga, anda boleh mengambil posisi jual.
5. Jika anda dalam posisi beli dan anda melihat Bearish Marubozu di akhir tren menaik, anda perlu menjualnya dan mengambil keuntungan anda.
6. Jika anda sudah memiliki kedudukan posisi jual dan anda melihat Bullish Marubozu pada akhir tren menurun, anda perlu membelinya dan mengambil keuntungan anda.
3. Doji:
Doji bermakna tidak berkemahiran. Candlestick ini tidak mempunyai badan kerana harga pembuka sama dengan harga penutup. Candlestick doji tidak mempunyai warna dan ini bererti Bulls dan Bears mempunyai kekuatan yang sama dimana harga tiada arah hendak dituju. Harga tidak pasti mahu menurun atau menaik kerana Bulls tidak mampu meningkatkan harga dan Bears tidak boleh menguranginya. Oleh it Doji adalah isyarat ketidakpastian.
Semua jenis candlestick doji memerlukan pengesahan.
Ada pelbagai jenis candlestick doji. Yang paling penting Risksawman (penarik beca).Ricksawman mempunyai tanda palang ditengah.
Rickshawman adalah isyarat penting sausana keraguan. Jika ia terdapat pada bahagian teratas tren menaik ia berarti harga boleh naik lebih tinggi atau menurun kebawah atau hanya bergerak mendatar.
Doji dibawah ini dipanggil Gravestone (batu nisan)
Doji seperti ini juga bererti keraguan dan bila kelihatan pada bahagian teratas tren menaik ia bererti harga mahu bergerak kebawah.
Semasa harga diparas rendah, kadangkala kelihatan Gravestone songsang(inverted).
Gravestone songsang juga terkenal sebagai pepatung (Dragonfly).
Doji juga kelihatan berbagai-bagai bentuk;
Kadang- kala Doji mempunyai badan yang kecil:
Apa yang harus anda lakukan ketika anda melihat doji?
Seperti diperkatakan di atas, Doji adalah tanda-tanda ketidakpastian dan keraguan. Jika ia kelihatan di bahagian teratas tren menaik atau di bahagian terbawah tren menurun, ini bermaksud harga tidak pasti samada akan naik,turn atau mendatar. Jika Doji kelihatan, anda sepatutnya mengambil untung sekiranya anda ada posisis beli(long) atau jual(short) , dan anda harus menunggu pengesahan arah harga untuk mengambil posisis.
Pengesahan disini bermaksud pembentukkan candlestick berikutnya. Sebagai contoh, jika Gravestone kelihatan di bahagian teratas tren menaik, kita bersedia mengambil posisi jual(short) setelah satu atau dua candlestick berikutnya terbentuk.Jika candlestick itu sausana Bear ini bermakna harga telah berubah arah dan posisi jual boleh dilakukan.
No comments:
Post a Comment