Friday, July 16, 2010

Subsidy saving and FBM KLCI

According to BofA Merrill Lynch Fund Manager’s survey, Malaysia and Taiwan was the two least preferred market in the global emerging stock market. Indonesia with an expected GDP growth of 6% in 2010 is the third most preferred emerging market.

Despite unfavorable view among the global fund managers, the local bourse has registered impressive gains. The medium term bullish local bourse as shown last week was not followed by increasing volume and the ringgit movement is not reflected by the stock market moves. It seem that the current equity market is being supported by local fund managers especially the government sponsored funds such as EPF and Khazanah.

With PM Najib striving for major projects to push the economy, a depressed ringgit will boost FDI and also the local stock market. It was being said that the recent price hike of fuel and sugar will save some funds to the government and the fund will be used to finance one his major project.

Tengku Razaleigh did stated this week that there is no check and balance in Najib administration, therefore financial irregularities such that has happened in FELDA and Sime Darby occurred occasionally. Giving that scenario, I am expecting some leakage from the subsidy saving by hiking the fuel and sugar price .

The local bourse as represented by FBM KLCi showed a 7 days upward moves before registering a loss on Thursday. The Index rebound slightly on Friday.

With a potent move in two weeks that carried the Index passed the previous high of 1335 and a golden cross between the 20 and 50 EMAs, the immediate trend is a continuation bullish tone.

Stochastic Indicator is at o/B position and MACD at positive position and above the trigger line. This week I am looking for a correction in the local burse with major support at 1317.

Saturday, July 10, 2010

FBM KLCI week 12 July

With MACD at above positive position and MACD barely crossing the trigger line and stoch cross over 20, the local market could see a continuation of bullish tone. Support is at 1306.9 and any break at this level will carry the index past the previous low. Resistance is at 1339.6 with a break away from this level will confirm the bullish continuation.

Monday, May 3, 2010

MACD - Histogram:

MACD Histogram telah dibangunkan oleh Thomas Aspray pada tahun 1986. Dia membangunkan MACD Histogram bertujuan untuk mengatasi MACD yang biasanya memberi petunjuk jualan atau belian yang agak lambat. MACD Histogram mampu memberi isyarat lebih awal dengan membuat jangkaan bila Garisan MACD akan melepasi Garisan Isyarat MACD.

Definasi MACD-Histogram

MACD-Histogram merupakan perbezaan antara Garisan MACD dan Garis Isyarat MACD. Perbezaan ini dibentuk sebagai turus seperti di dalam Rajah 1. Pembinaan turus itu dipanggil MACD-Histogram.

Histogram membuat lintasan garisan tengah dan "divergence" mudah dikenalpasti. Dalam Gambar 1, Histogram membuat lintasan garisan tengah bila apabila MACD melintasi Garisan Isyarat.

Jika nilai MACD lebih besar dari nilai 9EMA MACD (Isyarat MACD), maka nilai MACD Histogram adalah positif. Sebaliknya, jika nilai MACD lebih rendah dari 9EMA MACD, maka nilai MACD Histogram adalah negatif.

Jika turus menjadi lebih panjang atau besar, ini menunjukan perbezaan antara MACD dan Isyarat MACD meningkat dan sebaliknya.

Turus yang membesar menunjukan momentum menigkat.

MACD Histogram direka untuk mengesan lebih awal bila purata bergerak melintasi MACD. Ini boleh terjadi dengan melihat divergence positif dan negatif MACD Histogram;

  • Divergence positif terjadi bila MACD histogram membentuk turus yang rendah terus meninggi dan MACD bergerak seterusnya merendah.
  • Divergence negatif terjadi bila MACD histogram membentuk turus yang tinggi merendah dan MACD bergerak seterusnya meninggi.
Rajah 1

Sila lihat Rajah 2 untuk memahami divergence positif dan negatif.

Dari posisi X, MACD bergerak seterusnya meninggi tetapi histogram mulalai menurun (divergence negatif). Ini menandakan bahawa harga setelah bergerak meninggi akan berubah untuk bergerak menurun. Lintasan MACD sebenarnya berlaku di posisi Y dimana kita mendapat petunjuk untuk membuat posisi jualan, tetapi Histogram memberi isyarat lebih awal di posisi X.

Begitu juga di posisi P dimana MACD bergerak seterusnya kebawah tetapi Histogram mula bergerak ke atas(divergence positif). Ini menandakan pergerakan situasi bull telah berlaku dan harga akan menuruti kemudiannya. Lintasan MACD sebenarnya terjadi di posisi Q.

Divergence antara MACD dan MACD-Histogram adalah petunjuk utama yang digunakan untuk menjangkakan bila lintasan purata bergerak akan berlaku. Divergence positif untuk MACD Histogram menunjukan MACD semakin kukuh dan berkemungkinan lintasan purata bergerak situasi bull akan berlaku. Divergence negative untuk MACD Histogram menunjukan MACD semakin lemah dan berkemungkinan lintasan purata bergerak situasi bear akan terjadi.

Rajah 2

Nota:
MACD Histogram dibina dari satu indikator atau direka untuk menunjukan pergerakan satu indikator yang lain iaitu MACD. Ini memungkinkan MACD Histogram akan memberikan isyarat palsu lebih kerap kerana tidak ia tidak secara langsung terikat dengan tindakan harga.

Sunday, April 25, 2010

MACD

Apa itu MACD?
MACD adalah singkatan dari Moving Average Convergence / Divergence. Penunjuk ini telah dibangunkan pada tahun 1979 oleh Gerald Appel, dan merupakan salah satu penunjuk/indikator yang popular. Pedagang menghargai MACD kerana kemudahan dan fleksibiliti indikator ini boleh digunakan baik sebagai penunjuk tren atau momentum.

Convergence bererti penumpuan, manakala divergence bermaksud pencapahan.

Rajah 1

MACD mengandungi dua purata bergerak eksponen(EMA). Gerald Appel mengunakan 12 EMA dan 26EMA. MACD adalah perbezaan antara 12EMA dan 26EMA. 12EMA adalah jelas yang lebih cepat,sementara 26EMA lebih lambat.

MACD adalah Osilator momentum yang boleh menunjukan momentum pasaran.

MACD unik kerana mempunyai unsur-unsur penunjuk ketinggalan (lagging) serta mempunyai elemen memancu (leading).

a) Purat bergerak adalah penunjuk yang mengikuti arah tren kerana ia cenderung untuk mengesahkan tren selepas tren itu telah bermula atau berlaku.
b) Namun demikian, dengan mengambil kira perbezaan dua purata bergerak, MACD menggabungkan aspek momentum dan elemen memancu dengan memberitahu kita lebih awal bila pembalikan tren akan terjadi.

Bagaimana MACD memberitahu kami?:

MACD sebagai osilator momentum memberitahu kita bila sesuatu tren momentum sedang meningkat dalam tren bullish atau tren bearish atau tren momentum berkurangan/menurun. MACD berkemungkinan memberikan isyarat palsu ketika pasaran bergerak mendatar, terutamanya ketika pergerakan harga didalam jarak yang sempit.

Apakah itu momentum

Tahap kelajuan peningkatan(pemecutan) pergerakan harga semasa tren menaik dan tahap kelajuan pengurangan(pemecutan) pergerakan harga semasa tren menurun.

Sebagai contoh kita memandu kereta:

Diantara 2:00 petang dan 3:00 petang kelajuan kereta secara purata adalah 100 km / jam. Antara 3:00 petang dan 4:00 petang kelajuan berpurata 110 km / jam dan satu jam berikutnya kelajuan kereta ialah 111 km / jam.

Kita lihat purata kelajuan adalah meningkat. Secara ilusi kita dapati panduan kereta kita adalah dalam tren yang meningkat kerana purata kelajuan sentisa meningkat. tetapi ini hanya satu ilusi kerana kita tidak mengambil kira momentum. Jika kita melihat purata kelajuan dalam masa antara 4:00-5:00 petang, kita dapati bahawa momentum kenaikan purata kelajuan semakin berkurang. Kelajuan selanjut berkemungkinan akan berkurangan atau menurun.

Momentum adalah satu cara untuk mengaburi ilusi sesuatu tren dan memberitahu kita jika sesuatu tahap perubahan sedang menurun atau meningkat.

Penurunan momentum mungkin menandakan adanya pembalikan tren di dalam pasaran.

Bila terdapat isyarat bahawa tren menaik mengandungi momentum meningkat kita membuat belian aset kewangan atau pasangan mata wang dan jualan aset kewangan dan pasangan mata wang dilaksanakan bila terdapat isyarat momentum meningkat semasa tren menurun.

Penggunaan MACD dalam analisa teknikal:

Sebagai contoh harga pasangan mata wang sedang meningkat.Sebelum membuat posisi pembelian(long) kita ingin tahu apakah tahap kenaikan harga (momentum) dapat dipertahankan atau ianya akan menurun.Jika tahap kenaikan harga (momentum) adalah menurun berkemungkinan akan berlaku pembetulan (correction) atau pembalikan harga. Ini bererti jika kita membuat belian masa itu, harga mungkin mulai menurun ke bawah. Perkara yang sama akan berlaku sebaliknya jika dalam tren menurun. Jika tahap penurunan harga (momentum) adalah menurun dan kita membuat posisi jualan (short), tren menurun mungkin akan membuat pembalikan dan harga akan menaik. Semasa tren menaik, kita ingin membeli ketika kita dapati tahap kenaikan harga (momentum) meningkat. Karena ini memberitahu kita bahawa tren menaik makin meningkat dan harga mungkin bergerak lebih tinggi.

Demikian pula semasa tren menurun kita ingin membuat posisi jualan(short) ketika kita dapati pengesahan bahawa harga mulai menurun dengan momentum yang cepat. Kerana ia menunjukkan bahawa tren menurun mendapat momentum menurun dan harga akan menurun lebih jauh kebawah.

Konsep MACD

Tetapan yang paling biasa untuk MACD adalah 26EMA, 12EMA dan 9EMA.

MACD = Purata bergerak jangka pendek - Purata bergerak jangka panjang.

Dalam model ini, MACD = 12EMA - 26EMA.

Tren menaik: Jika 12EMA di atas 26EMA, ini menunjukkan bahawa dalam beberapa waktu terakhir harga sudah mulai meninggi.

Tren menurun: Jika 12EMA di bawah 26EMA, ini menunjukkan bahawa dalam beberapa waktu terakhir harga sudah mulai menurun.


Dalam model MACD terdapat satu lagi garisan yang di panggil "MACD Signal Line" atau Garisan Isyarat MACD. Garisan Isyarat MACD diperolehi dengan mengambil purata eksponen dari garisan MACD(12EMA-26EMA). Di sini dengan MACD (26,12, 9) Garisan Isyarat MACD ialah 9EMA MACD.

Seperti yang kita tahu bahawa jika purata bergerak terkini (purata bergerak jangka pendek) lebih daripada purata bergerak jangka panjang, ini menunjukkan tren menaik kenaikan kerana harga terkini akan meninggi. Tetapi bagaimana kita mengetahui momentum tren menaik? Kita boleh dapati momentum dengan membandingkan jika perbezaan positif hari ini (atau terkini) adalah lebih daripada lazimnya. Untuk tujuan ini kita perlu mengetahui dengan perbezaan yang lazim. Perbezaan yang lazim diambil kira dengan secara purata perbezaan untuk beberapa tempoh yang terakhir. Dalam model (MACD 26,12, 9) ini purata perbezaan untuk 9 tempuh masa lalu.

Rajah 2


Ringkasan:

1. Garisan MACD adalah dikira dengan mengambil perbezaan antara dua purata bergerak eksponen (EMA),12 dan 26. Jika positif maka itu isyarat tren menaik dan jika negatif ianya tren menurun.

2. Garisan Isyarat MACD adalah 9EMA dari Garisan MACD. Jika Garisan MACD melepasi Garisan Isyarat MACD ini menandakan MACD terkini adalah lebih dari purata MACD untuk 9 tempuh masa terdahulu. Ini bermakna perbezaan antara 12EMA dan 26 EMA adalah lebih dari perbezaan yang lazimnya. Ini menandakan tren menaik sedang meningkat atau momentum meningkat. Masa untuk membuat pembelian.

3. THE MACD histogram adalah carta turus yang menunjukkan perkiraan bagi perbezaan antara Garisan MACD dan Garisan Isyarat MACD. (MACD Histogram =MACD – Isyarat MACD).

Cara Menggunakan MACD untuk analisis teknikal:

1. Bila Garisan MACD melintasi Garisan Isyarat MACD, ini memberikan isyarat untuk perubahan.
a. Garisan MACD bergerak dari bawah keatas: Momentum menaik adalah lebih dari lazimnya. Tren menaik lebih kukuh.(lihat rajah 3):Lintasan Purata bergerak tren bull terjadi bila MACD bergerak di atas 9EMA atau Garisan Isyarat. Lintasan itu menunjukkan tren untuk harga aset kewangan itu adalah tren bull. Ini mungkin isyarat yang paling biasa. Perlu diambil perhatian bahawa MACD adalah petunjuk yang lebih baik dalam pembalikan tren.
b. Bila Garisan MACD bergerak dari atas ke bawah;Momentum terkini menurun lebih daripada biasa. Tren menurun semakin kukuh (lihat Rajah 3).Lintasan Purata Bergerak tren bear terjadi bila MACD bergerak di bawah 9EMA atau Garisan Isyarat. Lintasan itu menunjukkan tren untuk harga aset kewangan itu adalah tren bear.

2) Garisan MACD melintasi garisan tengah.

a) Lintasan Garisan Tengah tren bull terjadi bila Garisan MACD bergerak di atas garisan tengah atau garisan sifar. Ini memberikan isyarat yang jelas bahawa momentum telah berpaling dari negatif kepada positif (dari tren menurun ke tren menaik).

b) Lintasan Garisan Tengah tren bear terjadi bila Garisan MACD bergerak di bawah garisan tengah/sifar. Ini memberikan isyarat jelas bahawa momentum telah berpaling dari positif kepada negatif (dari tren menaik ke tren menurun.)

Kita liahat catatam A hingga F dalam Rajah 3.

Catatan A:

Garisan MACD melintasi Garisan Isyarat MACD dan ini memberikan isyarat untuk posisi pembelian (long) atau petunjuk tren menaik. Harga terus bergerak ke atas dengan pembetulan harga yang sementaral. Pada catatan "D" Garisan MACD bergerak ke bawah Garisan Isyarat MACD yang memberikan petunjuk bahawa tren menaik mungkin akan berakhir.

Catatan B:

Pada catatan "B" Garisan MACD melepasi Garisan tengah/sifar. Ini mengkukuhkan petunjuk posisi pembelian pada catatan "A".


Catatan C,D,E:

Di kawasan "C", MACD histogram mula bergerak menurun tetapi Garisan MACD tidah menurun menunjukan pembetulan harga yang bersifat sementara. Pada catatan "D" dan "E", Garisan MACD dan MACD histogram menurun tetapi di catatan "D" langkah menurun Garisan MACD tidak tajam seperti yang berlaku di "E". Perbezaan ketajaman pergerakan menaik/menurun Garisan MACD juga dapat menunjukkan kemungkinan perubahan tren, tetapi perlu berhati-hati.

Catatan F.

Di catatan "F", Garisan MACD melintasi ke bawah Garisan Isyarat MACD menandakan tren akan berubah dari menaik ke menurun, tetapi kecerunan Garisan MACD tidak tajam menunjukan pembalikan tren boleh dipertikaikan. Jelas sekali selepas lintasan garisan itu, tren adalah mendatar.



Rajah 3

3) Convergence dan Divergence:(Lihat Rajah 4)

Semasa MACD melalui paras yang tertinggi atau terendah(puncak dan lurah) dan MACD bergerak lebih rendah dari paras puncak terdahulu, ini boleh memberikan isyarat yang baik untuk tren yang akan muncul seterusnya. Begitu juga jika paras tinggi dan rendah seterusnya (puncak dan lembah) MACD akan lebih tinggi daripada yang sebelumnya, ia juga memberikan isyarat yang baik untuk tren yang akan muncul.


Rajah 4

Sunday, March 21, 2010

Mengapa pasangan mata wang USD/MYR tidak disebut sebagai MYR/USD?

Dalam sebut harga pasangan mata wang, mata wang pertama adalah mata wang asas (base currency) dan yang kedua adalah mata wang disebut (quote currency).

Perdagangan forex melibatkan pembelian satu mata wang dan penjualan satu mata wang yang lain secara serentak. Jika anda membeli pasangan matawang, anda membeli mata wang asas dan menjual mata wang disebut. Harga bida atau "bid price"(harga belian) mewakili berapa banyak mata wang disebut diperlukan untuk mendapatkan satu unit mata wang asas. Sebaliknya, ketika anda menjual pasangan mata wang, anda menjual matawang asas dan menerima mata wang disebut. Harga tanya atau "ask price" (harga jualan) untuk satu pasangan mata wang mewakili berapa banyak mata wang disebut anda perolehi dengan menjual satu unit mata wang asas.

Kita ambil contoh, pasangan USD/MYR=3.55 dan anda membeli pasangan ini; untuk setiap MYR3.55 yang anda jual, anda membeli (menerima) US $ 1. Jika anda menjual pasangan mata wang itu, anda akan menerima MYR3.55 untuk setiap US $1 yang anda jual. Kebalikan dari sebut harga pasangan matawang tersebut adalah MYR / USD, dan bersamaan MYR / USD = 0.282, yang bererti setiap US $0.262 akan membeli 1 MYR.

Pasangan matawang boleh dibahagikan kepada dua jenis, langsung (direct) dan tidak langsung (indirect).
  • Dalam sebut harga langsung, mata wang domestik adalah mata wang asas iaitu MYR, sementara mata wang asing (USD) adalah mata wang disebut.
  • Untuk sebut harga tidak langsung ianya adalah sebaliknya: mata wang asing (USD) adalah mata wang asas dan mata wang domestik (MYR) adalah mata wang disebut.
Untuk pedagang Malaysia, USD/MYR adalah satu sebut harga tidak langsung. Contohnya, satu sebut harga 3.55 USD/MYR bererti bahawa kita perlukan MYR3.55 untuk membeli US $ 1.

Hampir 89% daripada perdagangan mata wang yang dibuat di seluruh dunia melibatkan USD dari itu kebanyakkan pasangan mata wang asing mengandungi USD sebagai mata wang asas.