MACD Histogram telah dibangunkan oleh Thomas Aspray pada tahun 1986. Dia membangunkan MACD Histogram bertujuan untuk mengatasi MACD yang biasanya memberi petunjuk jualan atau belian yang agak lambat. MACD Histogram mampu memberi isyarat lebih awal dengan membuat jangkaan bila Garisan MACD akan melepasi Garisan Isyarat MACD.
Definasi MACD-Histogram
MACD-Histogram merupakan perbezaan antara Garisan MACD dan Garis Isyarat MACD. Perbezaan ini dibentuk sebagai turus seperti di dalam Rajah 1. Pembinaan turus itu dipanggil MACD-Histogram.
Histogram membuat lintasan garisan tengah dan "divergence" mudah dikenalpasti. Dalam Gambar 1, Histogram membuat lintasan garisan tengah bila apabila MACD melintasi Garisan Isyarat.
Jika nilai MACD lebih besar dari nilai 9EMA MACD (Isyarat MACD), maka nilai MACD Histogram adalah positif. Sebaliknya, jika nilai MACD lebih rendah dari 9EMA MACD, maka nilai MACD Histogram adalah negatif.
Jika turus menjadi lebih panjang atau besar, ini menunjukan perbezaan antara MACD dan Isyarat MACD meningkat dan sebaliknya.
Turus yang membesar menunjukan momentum menigkat.
MACD Histogram direka untuk mengesan lebih awal bila purata bergerak melintasi MACD. Ini boleh terjadi dengan melihat divergence positif dan negatif MACD Histogram;
- Divergence positif terjadi bila MACD histogram membentuk turus yang rendah terus meninggi dan MACD bergerak seterusnya merendah.
- Divergence negatif terjadi bila MACD histogram membentuk turus yang tinggi merendah dan MACD bergerak seterusnya meninggi.
Rajah 1
Sila lihat Rajah 2 untuk memahami divergence positif dan negatif.
Dari posisi X, MACD bergerak seterusnya meninggi tetapi histogram mulalai menurun (divergence negatif). Ini menandakan bahawa harga setelah bergerak meninggi akan berubah untuk bergerak menurun. Lintasan MACD sebenarnya berlaku di posisi Y dimana kita mendapat petunjuk untuk membuat posisi jualan, tetapi Histogram memberi isyarat lebih awal di posisi X.
Begitu juga di posisi P dimana MACD bergerak seterusnya kebawah tetapi Histogram mula bergerak ke atas(divergence positif). Ini menandakan pergerakan situasi bull telah berlaku dan harga akan menuruti kemudiannya. Lintasan MACD sebenarnya terjadi di posisi Q.
Divergence antara MACD dan MACD-Histogram adalah petunjuk utama yang digunakan untuk menjangkakan bila lintasan purata bergerak akan berlaku. Divergence positif untuk MACD Histogram menunjukan MACD semakin kukuh dan berkemungkinan lintasan purata bergerak situasi bull akan berlaku. Divergence negative untuk MACD Histogram menunjukan MACD semakin lemah dan berkemungkinan lintasan purata bergerak situasi bear akan terjadi.
Rajah 2
Nota:
MACD Histogram dibina dari satu indikator atau direka untuk menunjukan pergerakan satu indikator yang lain iaitu MACD. Ini memungkinkan MACD Histogram akan memberikan isyarat palsu lebih kerap kerana tidak ia tidak secara langsung terikat dengan tindakan harga.
No comments:
Post a Comment