Sunday, March 21, 2010

Mengapa pasangan mata wang USD/MYR tidak disebut sebagai MYR/USD?

Dalam sebut harga pasangan mata wang, mata wang pertama adalah mata wang asas (base currency) dan yang kedua adalah mata wang disebut (quote currency).

Perdagangan forex melibatkan pembelian satu mata wang dan penjualan satu mata wang yang lain secara serentak. Jika anda membeli pasangan matawang, anda membeli mata wang asas dan menjual mata wang disebut. Harga bida atau "bid price"(harga belian) mewakili berapa banyak mata wang disebut diperlukan untuk mendapatkan satu unit mata wang asas. Sebaliknya, ketika anda menjual pasangan mata wang, anda menjual matawang asas dan menerima mata wang disebut. Harga tanya atau "ask price" (harga jualan) untuk satu pasangan mata wang mewakili berapa banyak mata wang disebut anda perolehi dengan menjual satu unit mata wang asas.

Kita ambil contoh, pasangan USD/MYR=3.55 dan anda membeli pasangan ini; untuk setiap MYR3.55 yang anda jual, anda membeli (menerima) US $ 1. Jika anda menjual pasangan mata wang itu, anda akan menerima MYR3.55 untuk setiap US $1 yang anda jual. Kebalikan dari sebut harga pasangan matawang tersebut adalah MYR / USD, dan bersamaan MYR / USD = 0.282, yang bererti setiap US $0.262 akan membeli 1 MYR.

Pasangan matawang boleh dibahagikan kepada dua jenis, langsung (direct) dan tidak langsung (indirect).
  • Dalam sebut harga langsung, mata wang domestik adalah mata wang asas iaitu MYR, sementara mata wang asing (USD) adalah mata wang disebut.
  • Untuk sebut harga tidak langsung ianya adalah sebaliknya: mata wang asing (USD) adalah mata wang asas dan mata wang domestik (MYR) adalah mata wang disebut.
Untuk pedagang Malaysia, USD/MYR adalah satu sebut harga tidak langsung. Contohnya, satu sebut harga 3.55 USD/MYR bererti bahawa kita perlukan MYR3.55 untuk membeli US $ 1.

Hampir 89% daripada perdagangan mata wang yang dibuat di seluruh dunia melibatkan USD dari itu kebanyakkan pasangan mata wang asing mengandungi USD sebagai mata wang asas.